Showing posts with label masakan ketam. Show all posts
Showing posts with label masakan ketam. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Chili crab

bahan-bahan:
* 10 tangkai cili kering - ikut kesesuaian. mahu pedas, letak cili lebih
* 2 biji bawang besar
* 1 ibu jari halia
(bahan * dikisar)
ketam 6 ekor
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
2 biji telur
garam
kunyit
air

cara memasak:
  1. lumurkan ketam dengan kunyit sahaja hingga separuh masak.
  2. ketepikan ketam yang telah digoreng.
  3. tumiskan bahan kisar dengan minyak sehingga pecah minyakhingga cili masak.
  4. masukkan sos cili, sos tomato dan asam jawa.
  5. masukkan garam secukup rasa.
  6. jika ingin kuah lebih, masukkan air.
  7. setelah mendidih, masukkan ketam yang telah digoreng tadi. gaulkan hingga sebati.
  8. pecahkan telur di dalam masakan..
  9. biarkan sekejap dan gaulkan hingga ketam masak.
  10. siap untuk dihidangkan.
selamat mencuba..:)

Sup Ketam..

Bahan:
2 biji bawang putih - mayang halus
halia 92 jari) - mayang halus
3 ekor ketam
garam
daun sup
air

cara memasak:
  1. tumiskan bawang putih dan halia hingga halia menjadi kekuning-kuningan. gunakan minyak yang sedikit.
  2. setelah halia bertukar keemasan, masukkan air.
  3. setelah air betul-betul telah mendidih, masukkan ketam.
  4. masukkan garam secukup rasa.
  5. bila nampak isi ketam berwarna putih, padamkan api.
  6. taburkan daun sup.
  7. sup ketam siap.
selamat mencuba!