Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Monday, August 19, 2013

Kek Gula Hangus

Bahan-bahan:

1 cawan    Tepung gandum
1 cawan    Susu pekat
4 biji         Telur
1 s/k         Esen vanilla
1 s/k         Bikarbonat soda
1 s/k         Baking Powder

Untuk membuat Gula Hangus
1 cawan    Gula pasir
1 cawan    Air panas
2 s/b         Butter


Cara-cara:
  1. Masukkan gula ke dalam kuali dan masak sehingga menjadi perang (biarkan gelap sedikit, tetapi jangan sampai hangus).  Setelah itu masukkan air panas (masukkan sedikit dahulu dgn hati-hati kerana ianya akan meletup sedikit).  Akhir sekali masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.  Ketepikan dan biarkan sejuk.
  2. Ayakkan tepung gandum bersama bikarbonat soda dan baking powder.  Ketepikan.
  3. Pecahkan semua telur ke dalam mangkuk dan dikacau menggunakan whisk tangan (tidak perlu menggunakan mixer kerana ianya boleh menyebabkan kek menjadi kering).
  4. Setelah itu masukkan susu pekat dan gaul lagi sehingga sebati.
  5. Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit (sila gunakan senduk) jika adunan tidak larut, maksudnya masih ada ketulan tepung, jangan risau, teruskan dengan meletakkan esen vanila dan seterusnya gula hangus tadi.  Kacau sehingga sebati.
  6. Oleskan loyang dengan butter.  
  7. Sebelum dimasukkan ke dalam loyang, tapiskan adunan tadi dan masukkan ke dalam loyang yang telah dioleskan dengan butter tadi.  Tutup dengan aluminium foil, kalau boleh diikat sekeliling untuk mengelakkan dari wap masuk.

Thursday, September 6, 2012

Kek Milo Kukus

Bahan-bahannya:-

A
1/2 cwn koko
1/2 cwn milo
1/2 cwn susu pekat manis
1 cwn air milo dlm kotak (patut guna 1 cwn susu cair...tapi dah takde susu cair..saya bantai guna milo kotak)
1 cwn gula kastor
1 cwn butter cair

B
1 1/2 cwn tepung gandum
1 camca teh Baking powder
1 camca teh Bicarbonat soda

C
3 biji telur

Cara-caranya:-

Bahan A dimasak sampai larut dan disejukkan..pukul bahan C sampai kembang dan masukkan dalam A yang telah sejuk..gaul rata...kemudian masukkan bahan B yang telah diayak bersama...kaup balikkan sampai rata..masukkan dalam loyang dan kukus sampai masak...

Kek Milo Bakar

A: diayak
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam

B
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan milo

C: mix well
1 1/2 sudu besar esen vanila
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan susu

-Campur rata bahan A & B
-Masukkan bahan C dan gaul rata hingga sebati.
-Bakar sehingga masak.

Tuesday, June 5, 2012

Japanese Cheese Cake

BAHAN2: 
7kpg... cheddar cheese
200ml susu segar@susu cair
4 biji telur
75gm tepung naik sendiri
75gm butter
100gm gula halus
1/2 s/t cream of tatar


CARA2:

 Koyakan cheese kecil2 dan campurkan bersama susu..masak dgn api perlahan..kacau selalu..da hancur masukkan butter da cair tutup api dan sejukkan..
Asingkan putih n kuning telur dlm bekas berlainan..
Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar..sehingga kembang dan meringue(bertanduk)..
Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi(ditapis)
Masukkan tepung sedikit2..kacau perlahan2 sehingga sebati..
Masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan smpi sebati...
lapikkan loyang dan sapu dgn sdikit butter..
Letak loyang dlm bekas berisi air panas...
Panaskan oven..bole lah dibakar dlm 1jam 30mnt..ikut kepanas oven masing2..