Showing posts with label resipi kek. Show all posts
Showing posts with label resipi kek. Show all posts

Monday, August 19, 2013

Kek Gula Hangus

Bahan-bahan:

1 cawan    Tepung gandum
1 cawan    Susu pekat
4 biji         Telur
1 s/k         Esen vanilla
1 s/k         Bikarbonat soda
1 s/k         Baking Powder

Untuk membuat Gula Hangus
1 cawan    Gula pasir
1 cawan    Air panas
2 s/b         Butter


Cara-cara:
  1. Masukkan gula ke dalam kuali dan masak sehingga menjadi perang (biarkan gelap sedikit, tetapi jangan sampai hangus).  Setelah itu masukkan air panas (masukkan sedikit dahulu dgn hati-hati kerana ianya akan meletup sedikit).  Akhir sekali masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.  Ketepikan dan biarkan sejuk.
  2. Ayakkan tepung gandum bersama bikarbonat soda dan baking powder.  Ketepikan.
  3. Pecahkan semua telur ke dalam mangkuk dan dikacau menggunakan whisk tangan (tidak perlu menggunakan mixer kerana ianya boleh menyebabkan kek menjadi kering).
  4. Setelah itu masukkan susu pekat dan gaul lagi sehingga sebati.
  5. Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit (sila gunakan senduk) jika adunan tidak larut, maksudnya masih ada ketulan tepung, jangan risau, teruskan dengan meletakkan esen vanila dan seterusnya gula hangus tadi.  Kacau sehingga sebati.
  6. Oleskan loyang dengan butter.  
  7. Sebelum dimasukkan ke dalam loyang, tapiskan adunan tadi dan masukkan ke dalam loyang yang telah dioleskan dengan butter tadi.  Tutup dengan aluminium foil, kalau boleh diikat sekeliling untuk mengelakkan dari wap masuk.

Tuesday, August 13, 2013

Oreo Cheese Cake

Bahan2: - 1 adunan - loyang kecik

Base:
oreo hancur - sukatan ikot suka.nak tebal, letak oreo byk ckit
3 sb mentega

Filling:
500g cream cheese - Philadelphia - 2 ketul
130 g gula kastor - agak2 1 cawan
3 biji telur
1/2 st esen vanila
200ml whipping cream - 1 kotak

Cara2:
1. Cairkan mentega dan gaulkan dgn oreo. Tekan2 dalam loyang. Bakar dlm oven 3-5 minit..
2. Pukul gula + keju sampai sebati.
3. Tambah esen vanila dan telur satu persatu
4. Masukkan whipping cream. Pukul hingga sebati.
5. Masukkan dalam loyang tadi.
6. Bakar 1 jam (180 darjah celsius)

***
Biarkan sejuk sikit, baru masukkan dlm peti sejuk..
Siap..
Slamat mencuba...^___^