Thursday, September 20, 2012

#ChurpChurp's top 30 influencers brought home a total of over RM120K in 2011! Join them!

#ChurpChurp's top 30 influencers brought home a total of over RM120K in 2011! Join them!

Mini Muffin Coklat Kukus

Bahan A:-
  • 2 cawan susu cair (*bole guna susu segar)
  • 1 cawan minyak masak/250 gm mentega & cairkan. (*bole guna minyak masak)
  • 1 3/4 cawan gula kastor (*bole guna brown sugar)
  • 1 biji telor
  • 1 sudu besar coklat emulco
Bahan B:-
  • 250 gram tepung superfine/tepung gandum (*bole guna tepung naik sendiri)
  • 50 gram serbuk koko (*bole guna Van Houten)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (bole jgk  x letak baking powder n soda sebab menggunakan tepung naik sendiri)
Cara-Cara:-
  1. Satukan bahan A hingga sebati. Kacau guna whisker sahaja.
  2. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dan kacau rata, jangan terlebih kacau.
  3. Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan kertas/muffin cups dan kukus selama 10 - 15 minit. (*bole balut penutup kukusan dgn towel).

Wednesday, September 19, 2012

Moist Chocolate Cake

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
2 cawan cula ising
1 cawan koko
1 cawan minyak
1 cawan air suam
1 cawan susu pekat
3 biji telur
1 st esen vanila
1 st baking powder
1st soda bikarbonat

Cara2:

  1. Ayak tepung, koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  2. Blend air suam dengan gula.
  3. Masukkan telur dan pukul.
  4. Masukkan minyak, susu, esen vanila.pukul lagi.
  5. Lastly, baru masukkan tepung dan koko. Gaul sebati.
  6. Kukus selama 45minit-1jam. Sampai kek masak. Api perlahan.
  7. Kalau nak bakar, panaskan oven 170 darjah celsius. Bakar selama 1 jam atau lebih..

Resepi Biskut Oreo Black Beauty



Bahan A:
280gm mentega
200gm gula kastor

Bahan B:
250gm tepung gandum
50gm serbuk koko
30gm tepung jagung
20gm oreo kisar

Hiasan:
putih telur
oreo kisar
coklat masakan putih
paper cup

Cara2:
1. Pukul bahan A hingga kembang
2. Satukan semua bahan B, kemudian ayak.
3. Masukkn bahan B sikit demi sikit ke dlm bahan A, gaul sebati hingga menjadi doh yg lembut
4. Gentel doh bulat2 kecil (muat papercup tu) kemudian celup dlm putih telur sebelum digolek2kn atas oreo kisar
5. Susun dlm papercup & bakar pd suhu 150'c selama 25-30 minit
6. Setelah sejuk, bolehlah dilorek coklat putih di atas biskut mengikut kreativiti masing2..

Thursday, September 6, 2012

Kek Milo Kukus

Bahan-bahannya:-

A
1/2 cwn koko
1/2 cwn milo
1/2 cwn susu pekat manis
1 cwn air milo dlm kotak (patut guna 1 cwn susu cair...tapi dah takde susu cair..saya bantai guna milo kotak)
1 cwn gula kastor
1 cwn butter cair

B
1 1/2 cwn tepung gandum
1 camca teh Baking powder
1 camca teh Bicarbonat soda

C
3 biji telur

Cara-caranya:-

Bahan A dimasak sampai larut dan disejukkan..pukul bahan C sampai kembang dan masukkan dalam A yang telah sejuk..gaul rata...kemudian masukkan bahan B yang telah diayak bersama...kaup balikkan sampai rata..masukkan dalam loyang dan kukus sampai masak...

Kek Milo Bakar

A: diayak
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam

B
1 1/2 cawan gula
1/2 cawan milo

C: mix well
1 1/2 sudu besar esen vanila
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan susu

-Campur rata bahan A & B
-Masukkan bahan C dan gaul rata hingga sebati.
-Bakar sehingga masak.