Tuesday, November 6, 2012

Strawberi Cheese Tart


Tart Crust / Shell .

Bahan-bahan :
  • 170 gm marjerin
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.


Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalamanKak Azita.) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
Resepi asal : Azita Kitchen

Friday, November 2, 2012

Trifle

ni resipi trifle amek dr kak ak n abg iparku yg no.2...
cuba ler..sedap..:)

Bahan2:
kek gulung - sukatan sekadar penuh bekas (guna coklat lebih sedap)
puding (cap Nona) - 2 kotak (amek perisa mangga-sedap)
jeli (cap Nona ) - ikut suka. tak letak pun takpa
kastard - 1 @ 2 sudu je..tak letak pun xpa sebab..kalu letak kastard dia akan jd ketul2..kena pandai kacau.
koktail - amek buah je
buah pic - hiris halus
air
gula - ikut suka nak letak or tak. sy x letak.sebab puding tu da manis..semua manis

Cara2:
1. Potong kek dan susun dlm bekas. susun rapat2. ikut suka kreativiti masing2.
2. Tapiskan air koktail dan amik buahnye sahaja. dan susun atas kek tadi.
3. Masak puding atas api. sukatan ikut je cara2 kt belakang kotak tu. gantikan air dgn susu cair. lepas dah sebati n mendidih n likat,kalu likat sgt, tambah air cikit demi sedikit.lepas tu, tuangkan atas kek n buah koktel td.
4.  Susun pic atas puding. lepas 5-10 minit, masukkan dlm peti ais.
5. Masak jeli ikut belakang kotak. Dah masak, tuang atas puding tadi.
6. Masukkan dlm peti ais.

siap dan bole dihidangkan. selamat mencuba..:)
gambar akan dimasukkan kemudian..sebab weekend ni bru nk try wat lg..aritu tgk org buat je..:)

daaa..^___^